Kontroversi Ngah Ibrahim

Pada 3 September 2006, seorang lelaki bernama Yacob Ngah Ibrahim yang mengaku anak bongsu Ngah Ibrahim mendakwa Ngah Ibrahim mati kerana sakit tua pada tahun 1936 dan dikebumikan di Kampung Dendang, dekat Beruas dan bukannya di Singapura. Dia dikatakan dilarikan ke Johor oleh Panglima Sameon yang akhirnya membawanya pulang ke Kampung Tepus, Tanjung Belanja, Parit. Ngah Ibrahim kemudian berpindah ke Kampung Dendang, Beruas. [1]